Sarikei team telah mula menyertai sukan petanque pada 2007. Sarikei team terdiri Ismail Bin Sulhi, Salina Bt Saat, Nur Baizura Bt Ismail dan Mohd. Saifuwan Bin Ismail. Mereka adalah satu keluarga, boleh dikatakan 'Family Team'. Sarikei Team diberi nama memandangkan hanya satu-satunya pasukan yang menghantar pasukan untuk menyertai kejohanan ini. Mereka telah menyertai mana-mana kejohanan di mana adanya pertandingan petanque yang dianjur oleh BCF Sibu, Persatuan Petanque Sibu, Penjara Sibu, Koperkasa Sibu, Koperkasa Kuching, Open Sarawak dan Piala Sri Santubong Kuching. Sarikei Team pernah menjadi Johan di kejohanan BCF Sibu tahun 2006 dan tempat ketiga di kejohanan terbuka Piala Sri Santubong 2008. Sarikei team cuba untuk menubuhkan ramai pasukan dari daerah Sarikei untuk menyertai permainan petanque ini walaupun pada masa itu cuma ada 1 gelanggang petanque yang terletak di SK Sarikei dengan ukuran hanya 4 meter X 13 meter. Walau bagaimanapun sambutan para pemain yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei sungguh meransangkan.
No comments:
Post a Comment